Rabu, 20 Oktober 2021

Menyegerakkan kenalan dan kalendar Gmail dengan Outlook

Menyegerakkan Kenalan dan Kalendar Gmail dengan Outlook 2019

Seseorang baru sahaja menanyakan saya tentang “ Bagaimana saya boleh menyegerakan Kenalan, Kalendar dan Tugas Gmail saya menggunakan Outlook 2016?”



Kerana Gmail ialah sebuah perkhidmatan awan yang disediakan oleh Google, maka kita seharusnya melihat sama ada Google App Sync untuk Microsoft Outlook 2016 menyediakan ciri-ciri tersebut? Akan tetapi, masih ada beberapa pengehadan alat Google untuk bekerja dengan Outlook dengan persepaduan yang seperti itu.

Google hanya menyediakan Google Apps Sync untuk pelanggan Google Apps bagi mereka yang membayar wang kepada Google daripada akaun biasa Gmail yang percuma.


Bagaimana jika anda ingin menyegerakkan Outlook dengan Kenalan, Kalendar, dan Tugas Gmail? Bagaimanapun, bagi kedua-dua Gmail dan Microsoft, ini adalah keuntungan. Bagaimana mereka membiarkan anda melakukannya dengan begitu senang tanpa mengambil keuntungan daripada anda?


Marilah kita melihat penyelesaian daripada pihak ketiga. EVO Collaborator untuk Outlook ialah sebuah Pemalam Outlook untuk CardDAV dan CalDAV.



Menyegerakkan Kenalan dan Kalendar Gmail dengan Outlook

Marilah kita melihat pada saiz ECO dimana ianya hanya 6.5 MB. Takjubnya, ketika Outlook dan ECO berkerja sama, maka anda boleh mendayakan Outlook untuk bersegerak dengan Kenalan, Kalendar dan Tugas Google lewat CardDAV dan CalDAV secara dua hala.

Apakah CardDAV dan CalDAV?


CardDAV dan CalDAV APl mengikuti tetapan protokol yang ditetapkan oleh RFC IETF untuk Kenalan, Kalendar dan Tugas. Mereka boleh mengakses perkhidmatan backend Google untuk medapatkan kembali maklumat tersebut.

Bagaimana Cara Menyegerakkan Kalendar Google dengan Outlook


Mudah untuk bekerja dengAN EVO:






1. Muat turun ECO daripada EVO's Official Site. (Ketika anda memasangnya, sila jalankan sebagai administrator)

2. Buka Outlook dan klik pada tab EVO ( ini dikenal sebagai bar arahan di Outlook 2007 dan dipannggil pita di Outlook 2010,2013 dan 2016) pada banner di atas.




3. Klik pada Konfigurasi Profil dan pilih Profil #6 dengan mengisi akaun Gmail anda pada ruangan di bawah, alamat e-mel penuh atau nama pengguna. Lalu, klik pada Uji di bawah.


4. Kerana Gmail menggunakan OAUTH 2.0, anda akan melihat jendela pengesahan OAUTH ketika akaun dikesan. Oleh itu, sahkan dan lanjutkan.



5. Ketika selesai, klik Memohon dan Keluar. Lalu, kenalan, kalendar dan tugas yang baru ditambahakan melalui folder Gmail akan disegerakkan dengan cara dua hala. Sebarang item yang ditambahkan pada telefon Android akan disegerakan pada Outlook.

Selain apa yang kita bualkan tadi, seperti yang anda ketahui CardDAV dan CalDAV ditulis berdasarkan piawai perindustrian. Oleh itu, EVO Collaborator untuk Outlook boleh berkerja dengan hampir semua perkhidmatan CardDAV/CalDav untuk tugas yang sama.

Bina Awan anda sendiri!

Gmail ialah alat yang hebat untuk individu tapi ini mungkin tidak padan dengan lingkungan yang bersaiz perusahaan dimana banyak maklumat dan pengguna yang terlibat. Oleh itu, apakah menaruh segalanya ke dalam awan itu benar-benar aman?

Windows Mail Server

Salah satu cara termudah ialah untuk memuat turun dan memasang EVO Mail Server. Sebaik sahaja lingkungan awan kita siap, anda boleh mengirim/menerima mesej e-mel dan juga kenalan, kalendar dan tugas. Penyelesaian dan perisi yang saya baru sahaja sebutkan bukanlah sesuatu yang buruk untuk dipilih.

10/20/2021


Jumaat, 11 Januari 2019

Bagaimana Synology bersegerak dengan Kalendar dan Kenalan Outlook?

Bagaimana Synology bersegerak dengan Kalendar dan Kenalan Outlook?


Baru-baru ini, semakin banyak rakan-rakan saya yang berbincang sama ada mungkin untuk menyegerakkan perkhidmatan Cal DAV pelayan Synology dengan Outlook? Sepertinya jenis kotak NAS ini terkenal di antara perusahaan bersaiz kecil dan sedang dimana kru IT tidak selalu ada. Mengapa? Saya meneka kerana perkhidmatan penyegerakkan Kalendar Google telah dimusnahakan dan pengguna-pengguna ini harus mencari penyelesaian alternatif.  

Sekali lagi, saya mengajukan masalah ini kepada rakan pengembang saya di pengeluaran perisian EVO kerana EVO Collaborator for Outlook mereka melakukan penyegerakkan Outlook. Setelah beberapa percubaan penyegerakkan, dia Berjaya menyegerakkannya. Ini ialah apa yang saya boleh kongsi dengan kalian semua jika kalian ingin melakukan tugas yang sama.

Bagaimana Synology DSM bersegerak dengan Kalendar dan Kenalan Outlook?

Sebelum kita mulai, terdapat 2 hal untuk rujukan anda:

1. Untuk arahan memasang webdav Synology, sila rujuk pada link berikut ini:

https://www.synology.com/en-global/knowledgebase/tutorials/463




2. Untuk CardDAV, secara lalai ianya tidak tersedia pada versi kini Synology DSM.

3. Untuk memasang dan mengkonfigurasi penyelesaian Card DAV pihak ketiga untuk Synology DSM, sila rujuk link berikut ini:


Langkah-langkah untuk mengakses perkhidmatan lalai Cal DAV pelayan Synology DSM dengan Outlook:


1. Konfigurasi pada pelayan SYNOLOGY DSM berdasarkan dengan arahan pada link yang terpapar sebelumnya.


2. Muat turun EVO Collaborator untuk Outlook dari EVO’s Official Site dan pasangkan.


3. Jalankan Microsoft Outlook dan buka Konfigurasi Profil pada bahagian kiri atas Outlook.


4. Pilik profil yang kosong dan mulai dari profil 21- tidak terkonfigurasi




5. Pada bahagian atas kanan, biarkan leave nama hos (CardDAV/CalDAV) atau webcal:// URL kosong


6. Isi URL Kenalan sahaja seperti di bawah.


https://<server_name>:port/addressbooks/users/<username>/addressbook/


Example:


https://server.domain.com:8443/addressbooks/users/tim.cash/addressbook/

Isi URL Kalendar sahaja seperti di bawah.


https://<server_name>:port/web/calendar/<folder_name>/


Example:


https://server.domain.com:5006/web/calendar/work/

7. Isi alamat emel penuh atau nama pengguna dan kata laluan.


8. Klik Uji dan Memohon pada bahagian bawah.


9. Keluar dari Konfigurasi Profil dan penyegerakkan akan berjalan dalam beberapa detik.


1/11/2019


Sabtu, 1 September 2018

Penyegerakkan Kalendar Google dan e-mel Gmail dengan Outlook masa nyata

Penyegerakkan Kalendar Google dan e-mel Gmail dengan Outlook masa nyata

Sudah 2 tahun semenjak saya terakhir kali menulis artikel tentang “Bagaimana menyegerakkan Kalendar Google dengan Outlook.” Banyak hal yang telah berubah semenjak itu. Sekarang kalian pasti tahu bagaimana cara menyegerakkan Kalendar Google dan buku alamat dengan Outlook 2007-2019. Hari ini, saya akan mmengemaskinikan artikel ini dan menjelaskan tentang bagaimana menyegerakkan Tugasan Google dengan Outlook, bagaimana menyegerakkan Kalendar Google pada masa nyata, dan bagaimana menyegerakkan Peti Masuk Gmail dibawah Outlook pada masa nyata dengan mmenggunakan IMAP dan teknologi pemberitahuan push.


Penyegerakkan Kalendar Google: Kesilapan menyegerakkan Kalendar anda. Kod Ralat: 2016. Sila kunjungi pusat bantuan kami untuk maklumat lanjut.


Mesej ralat di atas mulai muncul pada 1 Ogos 2014 silam, ketika anda mencuba untuk menggunakan perkhidmatan percuma Google untuk menyegerakkan Kalendar Google dengan Outlook. Sebabnya ialah Google telah menyahkan akses aplikasi percuma ini untuk perkhidmatan penyegerakkan percumanya. Bukannya memberikan perkhidmatan percuma, pengguna malah harus membayar untuk menggunakan GASMO (Google App Sync for Microsoft Outlook) ketika Microsoft masih belum melaksanakan cara menyegerakkan Kenalan/Kalendar/Tugasan Google dalam Outlook 2016 yang terbaharu. Pengguna Gmail percuma masih mencari alternative GASMO pada Outlook mereka sampai sekarang.

Teknologi Push

Selain persoalan tentang GASMO, saya percaya anda semua menggunakan telefon pintar. Ketika e-mel memasukki akaun Gmail anda, telefon pintar anda akan memberitahu anda. Mungkin anda telah terbiasa dengannya dan anda tidak sedar bahawa ciri Gmail Push E-mail yang mengerjakannya. Dengan pemberitahuan push ini, anda boleh menerima e-mel pada masa nyata. Namun, ketika anda menggunakan Outlook, ianya dirancang untuk memeriksa e-mel setiap beberapa minit. Apakah ada cara untuk Outlook mencapai penyegerakkan peti masuk Gmail pada masa nyata?

Apakah penyegerakkan Kalendar Google dengan Outlook masa nyata?

Masukkan kalendar yang anda buat di suatu tempat ( contohnya pada telefon pintar Android) akan ditolak ke peranti atau perisian lain secepatnya. Sejauh yang saya ketahui, hampir semua alat penyegerakkan bergantung pada manual atau kaunter penyegerakkan untuk menarik masukkan baharu dari Kalendar Google.

Apa itu Pemberitahuan Push Gmail?

E-mel baharu Gmail yang masuk boleh ditolah melalui Pemberitahuan Push Gmail. Ketika e-mel baharu masuk ke peti masuk Gmail anda, Google akan mengirimkan sebuah pemberitahuan ke peranti atau perisian anda. Lalu, anda akan mendengar suara pemberitahuan dan memulai penyegerakkan mel untuk peti masuk Gmail secara automatik.

Apakah mungkin untuk kita menyegerakkan kedua-dua e-mel Gmail dan Kalendar Gmail dengan Microsoft Outlook pada masa nyata seperti yang dikatakan di atas?


Tentu sahaja anda boleh! EVO Collaborator untuk Outlook akan mengerjakannya untuk anda. Selain menyegerakkan Kenalan dan Tugasan Gmail dengan Outlook, anda akan mengalami faedah penyegerakkan naiktaraf masa nyata dari timer-sync ke Kalendar Gmail dan peti masuk Gmail IMAP anda yang sudah ada.


Teknologi di belakang EVO Collaborator untuk Outlook


EVO Collaborator untuk Outlook menggunakan banyak Google API yang berbeza, termasuk Google Contacts API, Google Calendar API, Gmail API, Google Tasks API supaya Outlook boleh berhubung dengan perkhidmatan Google. Sementara itu, CardDAV dan CalDAV juga digunakkan untuk membuat penyegerakkan dengan perkhidmatan CardDAV dan CalDAV, seperti iCloud, Synology, Yahoo!, GMX, ownCloud dan lainnya.

Ini ialah cara menggunakan EVO Collaborator untuk Outlook untuk menyegerakkan Kenalan,Kalendar, dan Tugasan Google.

1. Muat turun dan pasang EVO Collaborator untuk Outlook dan jalankan sebagai administrator.


2. Buka Outlook 2007/2020/2013/2016 dan klik pita EVO



3. Klik pada Konfigurasi profil dan pilih profil #6



4. Masukkan akaun Gmail (jika anda mempunyai Gmai yang terkonfigurasi dalam Outlook, akaun Gmail anda akan dikesan secara auto dan disenaraikan dalam ruang e-mel) dan klik pada UJI untuk melanjutkan Google OAuth



5. Setelah disahkan, klik Memohon dan Keluar untuk meninggalkan tingkap Konfigurasi profil. Penyegerakkan akan berlaku. Pastikan untuk mengklik seksyen Kalendar/Orang/Tugasan pada bahagian kiri bawah dalam Outlook dan anda akan boleh mencari masukkan kenalan/kalendar/tugasan anda dalam masing-masing Kenalan Gmail/Kalendar Gmail/ Tugasan Gmail.




Sebuah pendamping Gmail yang muktamad dan lengkap untuk Outlook akhirnya disini.

Dengan penyegerak Kenalan/Kalendar/Tugasan Google oleh ECO dan juga Google Calendar Push Notification dan Gmail Push Notification pada Outlook, sekarang Microsoft Outlook dan Gmail Google  seperti sebuah keluarga.

Rabu, 22 November 2017

Bagaimana menyegerakkan kalendar dan kenalan OwnCloud/Zimbra dengan Outlook?

Beberapa rakan-rakan saya yang menggunakan khidmat (OwnCloud/Zimbra) CardDAV/CalDAV mengadu bahawa tidak ada pemalam untuk mengimport Kenalan dan Kalendar Zimbra atau OwnCloud 7, 8, 9 mereka dengan Outlook.






Saya mencuba untuk menyambung kedua server dengan beberapa pemalam perisi penghubung Outlook di pasaran. Takjubnya, saya mendapati yang EVO Collaborator for Outlook bekerja!

Bagaimana menyegerakkan kalendar dan kenalan OwnCloud/Zimbra dengan Outlook?

Semua yang saya perlukan ialah untuk memasukki maklumat berikut ke dalam ruangan yang dibulatkan dalam tangkapan skrin di bawah:


Server URL:

  • https://<servername_or_server_ip>/owncloud/   (untuk owncloud)
  • https://<servername_or_server_ip>/remote.php/   ( untuk owncloud)
  • https://<servername_or_server_ip>/dav/                    (untuk zimbra)
Nama pengguna dan kata laluan anda



Selepas semua bidang dalam profil sudah diisi dengan benar, penyegerakkan kalendar sangat mudah.

Bukan sahaja (Owncloud/Zimbra) platform yang menyokong CardDAV DAN CalDAV, tapi juga EVO Mail Server mempunyai penyokong asal pada ECO dengan lancar.


22/11/2017

Selasa, 21 November 2017

Bagaimana untuk menyegerakkan Hotmail dengan Outlook?

Bagaimana untuk menyegerakkan Hotmail dengan Outlook?

Google mempunyai Gmail dan apa yang Microsoft punya?


Untuk kebanyakan daripada kalian, Hotmail sudah menjadi rakan lama untuk berdekad sejak 1995. Setelah Microsoft menggabungkannya pada 1997, namanya berubah menjadi MSN Hotmail dengan beberapa percubaan untuk menggabungkan perkhidmatan ini dibawah infrastruktur Windows. Lalu pada 2005, menghadapi saingan dengan perkhidmatan Gmail dari Google, MSN Hotmail menjadi MSN Live Hotmail dan menawarkan khidmat yang lebih cepat, lebih mudah dan lebih aman. Pada tahun 2012, Outlook.com keluar dan ia akan perlahan-lahan menggantikan Windows Live Hotmail pada 2013. Mulai dari pertengahan tahun ini (2015), Microsoft akan menyatukan semua akaun lama termasuk Hotmail, MSN Hotmail, Windows Live Hotmail, dan Outlook.com ke dalam perkhidmatan Office 365.

Apakah Outlook.com API atau Live Connect API?

Banyak orang yang mencuba untuk mengakses kenalan dan kalendar Hotmail atau Outlook.com mereka dalam Outlook 2007,2010 dan 2013. Hanya Outlook 2013 yang bekerja untuk mendayakan pengguna untuk mengikuti akaun Outloook.com mereka melewati MAPI, sebuah protocol asal Microsoft yang digerakkan oleh khidmat pelayan Exchange. Bagaimana denga Outlook 2007 dan 2010?

Berdasarkan pada penyelidikan dan eksperimen pada Internet, Outlook 2007 dan 2010 mempunyai isu mengakses data Hotmail atau Outlook.com walau Microsoft mengatakan Outlook 2007 sp3 dan 2010 sp2 memperbaiki isu ini. Namun, Microsoft sudah berhenti menyediakan sokongan aliran utama Outloook 2007 pada 10/9/2012 dan akan juga memberhentikan penyediaan sokongan aliran utama Outlook 2010 pada 10/13/2015.

Akibatnya, pengguna mencari untuk sebuah pengganti kerja yang sebenar atau alternatif seperti penghubung Hotmail atau penghubung Outlook.com untuk Outlook 2007 dan 2010. Nasib baik, pihak ketiga aplikasi perisi penghubung Hotmail seperti EVO Collaborator untuk Outlook menjadi penolong yang melaksanankan Outlook.com API. Dengan ini penghunbung Outlook.com API aka Live Connect API, kita boleh untuk menyegerakkan Kenalan dan Kalendar Outlook.com kita dengan had yang disebabkan oleh API sendiri.

Bagaimana menyegerakkan Hotmail atau Outlook.com dengan Outlook?

Mari kita mencuba EVO Collaborator untuk Outlook untuk melihat sama ada penyegerakkan itu bekerja?

1. Muat Turun EVO Collaborator untuk Outlook dan memasangnya

2. Klik Konfigurasi Profil



3. Pilih Profil yang disebut Outlook.com- bukan terkonfigurasi

4. Klik tombol UJI dibawah untuk meneruskan memasukki E-mel Outlook dan kata laluan di tingkap popup.

5. Sebuah senarai izin pengakuterimaan muncul dan klik YA untuk mengizinkan ECO



6. Matikan tingkap popup untuk melanjutkan

7. Klik OK di kotak SUKSES dan lalu MEMOHON untuk menyimpan tetapan konfigurasi

8. Untuk item tempatan yang sudah ada sebelum pemasangan ECO, klik pada LAYARI TEMPATAN di atas CardDAV tindakan untuk kenalan dan CalDAV tindakan untuk calendar dan laksanakan tindakan O2C.

Dari Live Connect API ke Office 365 API

Seperti yang kami katakan sebelumnya, Office 365 akan mengambil alih semua perkhidmatan Outlook.com dan semua akaun yang ada akan menggunakan perkhidmatan Office 365 (Exchange Online) sebaliknya. Ini ialah berita baik. Kenapa? Office 365 API (Graph API) mendayakan pemaju perisi pihak ketiga untuk menyegerakkan sebuah set lengkap di antara Outlook dan perkhidmatan Office 365.

Isnin, 13 November 2017

Penyegerakkan kalendar Exchange dengan kalendar Google

Ini ialah sebuah situasi:

Anda ingin menyegerakkan kalendar Google anda dengan kalendar Exchange perusahaan anda kerana anda ingin mengurus satu kalendar sahaja.




Hal ini sangat sukar kerana kalendar Exchange dan kalendar Google mempunyai protocol yang berbeza tidak seperti CalDAV.


Terdapat beberapa tambahan pihak ketiga Outlook yang mempunyai kebolehan untuk memecahkan halangan ini dan menyegerakkan kedua-duanya ke dalam satu kalendar pada Outlook anda.


Mari kita lihat penyelesaian dari pihak ketiga. EVO Collaborator for Outlook ialah sebuah plugin Outlook untuk CardDAV dan CalDAV.

Penyegerakkan kalendar Exchange dengan kalendar Google 

Mari kita lihat lagi saiz ECO yang hanya 6.9 MB sahaja. Ketika Outlook dan ECO bekerjasama, anda boleh mendayakan Outlook untuk menyegerakkan kedua-dua kenalan dan kalendar akaun Exchange anda dengan CardDAV dan CalDAV Google secara dua hala.

Apakah CardDAV dan CalDAV?


CardDAV dan CalDAV ialah protokol piawai API oleh RFC IETF untuk kenalan dan kalendar. Google menggunakan API tersebut pada backend untuk melayani keperluan pengambilan maklumat pelanggan mereka.


Bagaimana menyegerakkan kalendar Google dengan akaun Exchange

Sangat senang untuk berkerja dengan ECO:

1. Mari mengandaikan bahawa anda sudah mengkonfigurasi akaun Exchange anda yang menggunakan folder Outlook lalai untuk menyimpan mel, kalendar, kenalan dan tugasan.

2. Muat turun ECO dari EVO's Official Site. ( ketika anda memasangnya, sila jalankan sebagai administrator)


3. Buka Outlook dan klik pada tab EVO ( Ini dipanggil sebagai bar arahan di Outlook 2007 dan dipanggil pita pada Outlook 2010,2013 dan 2016) pada bahagian atas banner.




4. Klik pada Konfigurasi Profil dan pilih Profil #6 dengan mengisi akaun Gmail anda pada ruangan dibawah Alamat e-mel penuh atau Nama pengguna.




5. Tetapkan folder kenalan, kalendar dan tugasan di bawah pilihan penyegerakkan ke folder Outlook lalai anda, folder yang sama digunakkan oleh akaun Exchange anda.


6. Klik tombol uji dan anda akan melihat tingkap pengesahan OAUTH pada pengesanan akaun. Sahkan sahaja dan lanjutkan.




7. Ketika sudah selesai, kllik memohon dan keluar. Lalu, mana-mana kenalan, kalendar yang baru ditambahkan dibawah folder Gmail akan disegerakkan secara dua hala.


Berita baik! Microsoft akan menyatukan Outlook.com ke dalam Office 365 pada akhir 2015 dan ertinya akaun Outlook.com anda akan dihoskan oleh Exchange. Oleh itu, sama ada anda mempunyai akaun Office365, Hotmail, atau Outlook.com, anda boleh menggunakan tamabahan Outlook untuk menyegerakkan kenalan, kalendar, dan tugasan antara Gmail dan Exchange.


13/11/2017