Anda ingin menyegerakkan kalendar Google anda dengan kalendar Exchange perusahaan anda kerana anda ingin mengurus satu kalendar sahaja.
Hal ini sangat sukar kerana kalendar Exchange dan kalendar Google mempunyai protocol yang berbeza tidak seperti CalDAV.
Terdapat beberapa tambahan pihak ketiga Outlook yang mempunyai kebolehan untuk memecahkan halangan ini dan menyegerakkan kedua-duanya ke dalam satu kalendar pada Outlook anda.
Mari kita lihat penyelesaian dari pihak ketiga. EVO Collaborator for Outlook ialah sebuah plugin Outlook untuk CardDAV dan CalDAV.
Penyegerakkan kalendar Exchange dengan kalendar Google |
Mari kita lihat lagi saiz ECO yang hanya 6.9 MB sahaja. Ketika Outlook dan ECO bekerjasama, anda boleh mendayakan Outlook untuk menyegerakkan kedua-dua kenalan dan kalendar akaun Exchange anda dengan CardDAV dan CalDAV Google secara dua hala.
Apakah CardDAV dan CalDAV?
CardDAV dan CalDAV ialah protokol piawai API oleh RFC IETF untuk kenalan dan kalendar. Google menggunakan API tersebut pada backend untuk melayani keperluan pengambilan maklumat pelanggan mereka.
Bagaimana menyegerakkan kalendar Google dengan akaun Exchange
Sangat senang untuk berkerja dengan ECO:
1. Mari mengandaikan bahawa anda sudah mengkonfigurasi akaun Exchange anda yang menggunakan folder Outlook lalai untuk menyimpan mel, kalendar, kenalan dan tugasan.2. Muat turun ECO dari EVO's Official Site. ( ketika anda memasangnya, sila jalankan sebagai administrator)
3. Buka Outlook dan klik pada tab EVO ( Ini dipanggil sebagai bar arahan di Outlook 2007 dan dipanggil pita pada Outlook 2010,2013 dan 2016) pada bahagian atas banner.
4. Klik pada Konfigurasi Profil dan pilih Profil #6 dengan mengisi akaun Gmail anda pada ruangan dibawah Alamat e-mel penuh atau Nama pengguna.
5. Tetapkan folder kenalan, kalendar dan tugasan di bawah pilihan penyegerakkan ke folder Outlook lalai anda, folder yang sama digunakkan oleh akaun Exchange anda.
6. Klik tombol uji dan anda akan melihat tingkap pengesahan OAUTH pada pengesanan akaun. Sahkan sahaja dan lanjutkan.
7. Ketika sudah selesai, kllik memohon dan keluar. Lalu, mana-mana kenalan, kalendar yang baru ditambahkan dibawah folder Gmail akan disegerakkan secara dua hala.
Berita baik! Microsoft akan menyatukan Outlook.com ke dalam Office 365 pada akhir 2015 dan ertinya akaun Outlook.com anda akan dihoskan oleh Exchange. Oleh itu, sama ada anda mempunyai akaun Office365, Hotmail, atau Outlook.com, anda boleh menggunakan tamabahan Outlook untuk menyegerakkan kenalan, kalendar, dan tugasan antara Gmail dan Exchange.
13/11/2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan