Menyegerakkan Kenalan iCloud dan Kalendar dengan Outlook
Seseorang menanyakan kepada saya tentang “ Apakah saya boleh menyegerakkan kenalan iCloud dan calendar ke dalam Outlook ketika panel kawalan iCloud rosak dari semasa ke semasa?” Tentu sahaja, anda boleh melakukannya dengan EVO Collaborator untuk Outlook, juga dikenali sebagai ECO.ECO ialah plugin Outlook untuk CardDAV dan CalDAV.
Menyegerakkan Kenalan iCloud dan Kalendar dengan Outlook |
Dengan saiz fail yang kurang daripada 7MB, ECO dan Outlook bekerjasama dan melaksanakan penyegerakkan kenalan, calendar, dan tugasan secara dua hala antara perkhidmatan CardDAV/CalDAV iCloud dan Outlook.
Apakah itu CardDAV dan CalDAV?
CardDAV dan CalDAV API mengikuti protocol piawai yang didirikan oleh RFC IETF untuk kenalan, kalendar, dan tugasan. Apple menggunakan piawai terbuka ini untuk menjaga kenalan, kalendar, dan tugasan antara peranti-peranti Apple.
Kata laluan aplikasi Apple
Mungkin anda pernah mendengar kejadian Snowden dan foto-foto bugil selebriti. Terutamanya, foto selebriti yang menyebar luas di Internet kerana penggodam yang memecah masuk ke akaun iCloud pengguna.Ini ialah kutipan dari Apple:
“Jika anda menggunakan iCloud dengan mana-mana aplikasi pihak ketiga (seperti Microsoft Outlook, Mozilla Thunderbird, atau BusyCal) anda boleh menjana kata laluan aplikasi tertentu yang membolehkan anda untuk melog masuk dengan aman, walaupun aplikasi yang anda gunakan tidak menyokong 2 langkah pengesahan. Menggunakan kata laluan aplikasi tertentu juga memastikan kata laluan Apple ID utama anda tidak dikumpulkan atau disimpan oleh mana-mana pihak ketiga yang anda gunakan. Mulai dari 1 Oktober,2014, kata laluan aplikasi tertentu akan diperlukan untuk melog masuk untuk iCloud dengan menggunakan mana-mana aplikasi pihak ketiga.”
Bagaimana saya melakukannya?
Ini menjadi sangat senang dengan ECO. Hanya:1. Muat turun ECO dari EVO dan pasangkan dengan hak istimewa admin pada Outlook anda.
2. Buka Outlook dan klik pada pita EVO di atas banner, klik pada “Konfigurasi Profil”
3. Pilih profil “iCloud” dan edit dengan mengisi akaun dan kata laluan iCloud anda.
4. Ketika penyegerakkan selesai, barangan pada akaun iCloud anda akan disegerakkan ke Outlook anda.
Bina Awan anda sendiri!
ICloud merupakan alat yang sangat berguna untuk individu tapi ianya mungkin tidak sesuai untuk perusahaan-perusahaan dimana banyak maklumat yang bertebaran. Kenapa tidak membina awan anda sendiri untuk perusahaan anda?EVO Mail Server
Muat turun dan pasang EVO Mail Server bersama dengan CardDAV dan tambahan CalDAV (ECA). Ketika bersedia, semua kenalan, kalendar, dan tugasan Outlook akan disegerakkan. Sekali lagi, penyelesaian yang saya baru katakan ialah pilihan yang lumayan baik.
31/10/2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan